Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga . Mesti sahur. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam . Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul . Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal . Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
Selepas makan sahur , makan buah kurma 7 biji . Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi. Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas , seperti buruh kasar dan sebagainya. SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita . Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga. Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.
Wednesday, August 27, 2008
PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA
****SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN****